Bismillahhirahmanirahim~
Assalamualaikum semua... ^_^
Rasanya dah lama, saya tak update blog nie... Alhamdulillah, allah beri kesempatan untuk menghirup udara-Nya... Ada sesuatu yang ingin dikongsi bersama...
Assalamualaikum semua... ^_^
Rasanya dah lama, saya tak update blog nie... Alhamdulillah, allah beri kesempatan untuk menghirup udara-Nya... Ada sesuatu yang ingin dikongsi bersama...
Perbualan
antara dua orang rakan di telefon.
A:
Assalamualaikum.
B:
Waalaikumussalam.
A: Apa
hubungan awak dengan C? (A sudah mengetahui perkara sebenar mengenai hubungan B
dengan C)
B: ……………
(senyap)
A: Apa
hubungan awak dengan C? Saya tanya awak. Kalau tidak, saya akan letak telefon.
B: Sama
macam apa yang awak fikir.
A: ………………
(senyap)
B: Erm,
mana awak tahu pasal ni?
A:
(Nangis)
B:
Awak? Kenapa awak nangis?
A: Tak
ada apa-apa. Mungkin kalau Allah tak tunjukkan saya perkara ni, mungkin sampai
bila-bila pun, saya tak akan tahu perkara ni..
B: ………………
(diam dan hanya menunggu A bercakap)
A:
Kenapa awak couple…? Apa perasaan awak selepas couple…? Seronok ke…?
B: ……………
(senyap)
A: Saya
tanya awak ni… erm, tak apalah, mungkin awak rasa bahagia sangat dengan
hubungan awak sekarang. Tak apa, tak perlu kongsi perasaan itu dengan saya. Saya
faham kerana saya juga pernah lalui perkara yang sama pada permulaan couple. Bahagia
kerana ada orang yang jaga, selalu mesej, saling merindui dan macam-macam lagi.
Rasanya awak sendiri faham kan?
B: …………………
(senyap)
A: Tapi
pada akhirnya, saya juga yang dikecewakan. Masa itu, barulah tahu bagaimana
rasanya. Rasa sedih dan kecewa yang teramat sangat dan tak dapat saya bayangkan
bagaimana kehidupan saya selepas itu. Saya sangat berharap yang awak setia
dengan janji awak untuk takkan bercouple tapi akhirnya awak juga diuji dengan
ujian yang sama macam saya dulu.
B:
Maafkan saya……
A: Saya
tanya awak… seumur hidup awak, pernah ke terdetik di hati awak, bila tengok
pasangan yang bercouple, awak rasa mereka teruk, tak tahu malu, tak pandai jaga
maruah dan awak rasa menyampah dan benci dengan perbuatan mereka?
B: Erm…
pernah…
A:
Inilah yang terjadi pada awak sekarang. Allah uji awak dengan perkara yang
pernah awak benci dulu. Saya tahu perkara yang awak buat dengan C. Saya harap
sangat, sebagai seorang yang mengaku beragama Islam, awak akan jaga Islam
sebaiknya. Bukan ikut separuh-separuh. Berdasarkan pengalaman saya, couple
bukanlah jalan yang terbaik untuk awak berkenalan dengan C. Ada cara yang lebih
baik iaitu nikah. Bila berkemampuan, apa salahnya jika bernikah.
B: Saya
minta maaf…… Saya harap awak dapat maafkan saya.
A: Tak
perlu minta maaf dengan saya…
B: Saya
minta maaf. Harap awak dapat maafkan saya.
A: Awak
sudah besar dan rasanya sudah boleh berfikir dengan matang. Saya harap awak
fikir perkara ini betul-betul. Moga satu hari nanti, awak akan sedar. Assalamualaikum.
(A
menangis kerana berasa sedih dengan perbuatan kawannya. Dia turut berdoa semoga
diberi kekuatan untuk menerima dugaan ini)
Moral: Kita perlulah memandang si pelaku dosa dengan pandangan kasih sayang. Dalam masa yang sama, jika kita mampu, buatlah ikut kemampuan kita untuk membantu mereka. Sentiasa husnuzhon dengan orang sekeliling. Allah s.w.t. maha pengampun, mungkin orang yang kita hina hari ini menjadi orang yang lebih daripada kita suatu hari nanti. Kita juga tidak perlulah untuk berbangga diri apabila kita tidak melakukan maksiat yang dilihat, namun sentiasalah bermuhasabah diri supaya kita tidak terjebak dengan perkara tersebut kerana mungkin suatu saat nanti, kita pula akan diuji dengan perkara yang sama.
Gambar Hiasan |
No comments:
Post a Comment