Wednesday, November 16, 2011

KELUARGAKU KESAYANGANKU

Bismillahirahmanirrahim~
Assalamualaikum kepada semua…

Saya ada sebuah keluarga. Saya ada ummi, papa, adik lelaki dan dua orang adik perempuan. Saya sayang sangat-sangat keluarga saya. Saya juga rindu family saya sangat-sangat. *miss my family a lot* =(

Masa saya kat rumah hari tu, kebetulan masa tu kat pasaraya. Yela, balik rumah je, mesti ummi ajak pergi shopping. (sebenarnya kebetulan masa tu ummi nak beli barang…^_^) Bukan apa, beli barang keperluan je. Masa kat pasaraya tu, macam-macam yang ummi beli. Amboi..mentang-mentang lah anak perempuan sulung yang paling dia sayang nie balik cuti..ngee~

Bila pergi pasaraya, biasalah tugas sebagai seorang anak, kenalah bawa bakul berisi barang-barang tu. Tapi tak apa, buat lah dengan penuh rasa tanggungjawab dan ikhlas. Moga satu hari nanti, Allah akan balas. Betul tak? InsyaAllah, moga dengan izinNya. Erm, macam-macam jugak yang ummi beli. (barang runcit la..roti, sayur, apa lagi ek…? ngee~). Masa nak bayar harga barang-barang tu, ummi buka lah purse dia.

Subhanallah, rasa terharu dan nak menangis kat situ juga bila tengok dalam purse ummi ada gambar saya dan adik lelaki saya yang sekarang nie sedang belajar kat Banting. Hanya Allah s.w.t. je yang tahu bagaimana perasaan saya ketika itu. Rasa nak terus peluk cium ummi dan menangis depan orang ramai kat situ. Tapi, Alhamdulillah Allah beri saya kekuatan dan dapat tahan semua itu. (bermonolog sendiri) Mungkin gambar itu lah pengubat rindu ummi pada kami berdua. =(

Selepas ummi dah bayar harga barang-barang tu, kami terus keluar dari pasaraya dan menuju ke kereta.

Apabila difikir-fikirkan semula peristiwa tu, saya berasa sangat sedih. Sampai begitu sekali sayangnya seorang ibu terhadap anaknya. Gambar disimpan di dalam purse untuk tatapannya. Adakah kita sebagai seorang anak melakukan perkara yang sama terhadap ibu dan ayah kita…? Saya tidak meminta jawapan anda, jawablah soalan itu sejujurnya. Tepuk dada, tanyalah iman. Adakah sayang kita setanding dengan kasih sayang yang ibu ayah kita curahkan selama kita hidup di muka bumi Allah ini….?



No comments:

Post a Comment