Tuesday, October 18, 2011

Bismillahirrahmanirrahim~
Alhamdulillah, selamat sudah majlis jamuan hari raya Kelab Asy-Syakirin dan majlis apresiasi semester 8. (kalau tak silap la, hehe…) Semuanya berjalan dengan baik walaupun tahun nie, majlis tu diadakan di dewan besar institut.
Majlis dimulakan dengan ucapan mantan Pengerusi Kelab Asy-Syakirin sesi 2007 yang lebih dikenali dengan panggilan Abg Fakhri. Banyak juga la pesanan yang beliau sampaikan termasuklah sedikit pengalaman beliau lepas dah keluar dari institut. Salah satu statement yang saya paling suka ialah:
“Walaupun ke mana pun kita pergi, perjuangan ISLAM mesti diteruskan.”

Aturcara majlis yang dah dirancang berjalan dengan lancar. Alhamdulillah, ramai juga muka-muka baru menggantikan AJK-AJK lama (macam tua sangat je..ngee~) dalam kelab. Moga-moga mereka akan lebih bersemangat dalam meneruskan perjuangan. InsyaAllah~


Sini ada gambar semasa majlis malam tu....



sedang menunggu masa untuk menjamu selera... ^_^


sedang menjamu selera... ^_^


Eh, lupa plak nak citer sedikit mengenai Hari Keluarga Kelab Asy-Syakirin yang diadakan pada pagi hari yang sama. Ada lima aktiviti yang dirancang. Memang sangat-sangat seronok dengan aktiviti tersebut. Ada jugak permainan yang saya tak pernah main seumur hidup nie, contohnya konda kondi. Hari keluarga macam nie memang boleh mengeratkan ukhwah antara ahli-ahli kelab.
*sangat berharap moga ukhwah yang terjalin takkan putus melainkan dengan izin Allah s.w.t.


Sunday, October 9, 2011

Dugaan oh Dugaan....

Bismillahirrahmanirrahim~


Setiap manusia mesti pernah rasa kecewa, hampa, putus asa and so on kan? Begitu juga lah diri nie..=P
Macam-macam dugaan yang kita hadapi selagi nafas belum berhenti.  Kenapa Allah beri kita dugaan..? Pelbagai persoalan yang timbul dalam fikiran kita kan…?

Jom tengok video nie….



Sebenarnya hanya Allah yang tahu kenapa kita diberi dugaan yang kadang kala kita rasa kita tak mampu untuk hadapinya.

Hadis ni boleh dijadikan semangat untuk kita supaya kita tabah menempuh dugaan. Moga-moga kita mendapat kebaikan di atas cubaan yang Allah berikan. insyaAllah~ =)

“Sesiapa dikehendaki oleh Allah baginya kebaikan akan diberikan cubaan kepada-Nya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Di sini saya jugak nak kongsi lagu bersama rakan-rakan seperjuangan…kuatkan semangat dan azam kita dalam menghadapi dugaan yang datang.. InsyaAllah, Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar… =)




BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, yang membawa maksud dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.  Satu ungkapan yang amat mudah untuk disebut tak kira waktu pagi, petang ataupun malam.  Jika difikirkan dalam satu hari sahaja berapa kali kita menyebutnya.... mungkin puluh atau ratusan kali. Hendak makan, hendak berjalan, hendak melangkah keluar rumah,memakai pakaian, memasak bahkan apa juga yang kita lakukan kita mulai dengan membaca BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Dengan rahmat Ar-Rahman dan Ar-Rahim dari Allah kita diberi rezeki serta nikmat yang kita tidak sedari. Buktinya dalam seharian hidup kita sahaja, dari awal bangun tidur kita telah diberi rahmat. Rahmat untuk bernafas, mandi menyegarkan kembali badan, keletihan hilang serta bertenaga untuk kita menunaikan solat. Seterusnya kita keluar rumah menguruskan pekerjaan dengan nafas yang turun naik, itu juga rahmat  Ar-Rahman dan Ar- Rahim Tuhan yang berlaku setiap detik.

Oleh itu marilah kita mendidik diri kita menyebut BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM dalam setiap apa juga perkara yang ingin kita lakukan. Bahkan hadis ada menyebut, 
"Setiap perkara-perkara yang baik, kalau tidak dimulakan dengan Bismillahirrahmanirrahim maka terputuslah berkatNya ".

Tuesday, October 4, 2011

Demi Masa

Assalamualaikum w.b.t.






Alhamdulillah, Allah beri ilham untuk saya menulis di sini. Dengan izin Allah s.w.t., saya akan cuba yang terbaik.

Untuk hari nie, saya ingin bercerita mengenai sesuatu yang bermain di fikiran saya sebelum saya berazam untuk menulis blog. Dah lama nak tulis blog tapi selalu tak berkesempatan. Al-maklum lah kononnya sibuk dgn tugas-tugas harian sebagai seorang mahasiswa institut perguruan. Alhamdulillah, bersyukur kpd Allah kerana memberi saya ilham untuk menulis dan berkongsi dengan rakan-rakan. InsyaAllah~

Semua manusia diberi masa 24 jam sehari. Cuba kita tanya diri kita, apa yang kita lakukan dalam 24 jam yang Allah berikan kepada kita...? Cuba renung sejenak... ^_*









p/s: peringatan utk diri sendiri yg selalu lalai dlm menguruskan masa...insyaAllah, moga kita sama-sama memperbaiki diri kita...=)

Hadad Alwi - The Way of LOve

The Way Of Love
Artist: Haddad Alwi
Album: The Way Of Love

The Prophet's Path, the Way of Love
Only by this Love you'll rise above
Like a dove that's been set free
Love with longing is the key
This love with longing is the key

Honey, nectar, sweetness and cream
Orchids blooming by a mountain stream
Starlit skies and waves on the sand
Next to love they can't stand
Next to this love they cannot stand

Yaa Robii yaa sarii'ar ridho irham man ro-su maalihir-rojaa
Wa thina maa qod sa-alnaa bi liqoo-i khoiril anaami,
Yaa khoiral a'anaami

The Prophet's Path, the Way of Love
Only by this Love you'll rise above
Like a dove that's been set free
Love with longing is the key
This love with longing is the key

Yaa man-ismuhu dawa wa dzikruhu syifaa-un lana
Robbiy faj'al mujtama'na ghoyatuhu husnul khitami
Bihusnul khitami

How can I find a way to express
Something that cannot be thought or guessed
Something more than just words
This love is neither seen nor heard
This love is neither seen nor heard

Love is the rope Given by Allah
It will save you from over flaw
Grasp it then He will draw you near

Monday, October 3, 2011

buDak Baru BelaJar =)



1st post yg ditulis dlm blog nie...
Alhamdulillah, dah lme nk cuba menulis dlm blog...
sje nk share ng kwn-kwn apa yg ptt...
sy akan belajar dr semasa ke semasa...
moga dipermudahkan dan sme2 mndapat manfaat...insyaAllah~


^_^

Opick - Di Bawah LangitMu



Di bawah langitMu
Bersujud semua
Memuji memuja asmaMu
Dan bertasbih semua
MakhlukMu tunduk
Mengharap cinta dan kasihMu


Cahaya ilahi
Hangatnya Di hati
Di langkah sejuta wajah
Terbata penuh salah
Jalani sang hidup
Terluka terhempas berdosa

Hitam putih jalan hidup
Pahit getir warna dunia
Tangis tawa rasa hati
Terluka atau bahagia
Rasa bangga sementara
Setiap duka tak abadi
Semuanya wajah kan dipuji
Pada Allah kita kan kembali