Tuesday, October 18, 2011

Bismillahirrahmanirrahim~
Alhamdulillah, selamat sudah majlis jamuan hari raya Kelab Asy-Syakirin dan majlis apresiasi semester 8. (kalau tak silap la, hehe…) Semuanya berjalan dengan baik walaupun tahun nie, majlis tu diadakan di dewan besar institut.
Majlis dimulakan dengan ucapan mantan Pengerusi Kelab Asy-Syakirin sesi 2007 yang lebih dikenali dengan panggilan Abg Fakhri. Banyak juga la pesanan yang beliau sampaikan termasuklah sedikit pengalaman beliau lepas dah keluar dari institut. Salah satu statement yang saya paling suka ialah:
“Walaupun ke mana pun kita pergi, perjuangan ISLAM mesti diteruskan.”

Aturcara majlis yang dah dirancang berjalan dengan lancar. Alhamdulillah, ramai juga muka-muka baru menggantikan AJK-AJK lama (macam tua sangat je..ngee~) dalam kelab. Moga-moga mereka akan lebih bersemangat dalam meneruskan perjuangan. InsyaAllah~


Sini ada gambar semasa majlis malam tu....



sedang menunggu masa untuk menjamu selera... ^_^


sedang menjamu selera... ^_^


Eh, lupa plak nak citer sedikit mengenai Hari Keluarga Kelab Asy-Syakirin yang diadakan pada pagi hari yang sama. Ada lima aktiviti yang dirancang. Memang sangat-sangat seronok dengan aktiviti tersebut. Ada jugak permainan yang saya tak pernah main seumur hidup nie, contohnya konda kondi. Hari keluarga macam nie memang boleh mengeratkan ukhwah antara ahli-ahli kelab.
*sangat berharap moga ukhwah yang terjalin takkan putus melainkan dengan izin Allah s.w.t.



No comments:

Post a Comment